Penyelesaian

Perkhidmatan Tindak Balas Kecemasan

Diupayakan oleh +

 

Kerjasama yang sangat kukuh untuk menyokong pemandu ketika mereka memerlukannya

 

*Nama dan logo Bosch merupakan tanda dagang Bosch dan digunakan dengan izin. Nama dan logo Sfara merupakan tanda dagang Sfara Inc. dan digunakan dengan izin.

Mentor oleh eDriving terus memperluas komitmennya untuk membantu pemandu pulang dengan selamat kepada orang tersayang pada penghujung setiap hari dengan memperkenalkan Perkhidmatan Tindak Balas Kecemasan yang diupayakan oleh Sfara & Bosch.

Pengesanan Nahas yang Jitu

Sehingga 50 juta kecederaan berkaitan nahas berlaku di seluruh dunia setiap tahun1, yang sering kali menyebabkan pemandu terkandas atau lebih teruk lagi, tidak sedarkan diri dan tidak dapat meminta pertolongan sedangkan setiap saat amatlah berharga.

Kini, Pengesanan Nahas Automatik, yang terbina dalam Mentor, melindungi pekerja dan kontraktor anda 24/7 daripada situasi sebegini sekiranya nahas berlaku ketika memandu bagi tujuan kerja. Teknologi berasaskan telefon pintar sepenuhnya yang dipatenkan oleh Sfara mengesan perlanggaran dan mencetuskan panggilan suara kepada pemandu dari Pusat Kecemasan Bosch yang beroperasi di lebih 50 negara dan mengendalikan lebih 1.7 juta panggilan kecemasan di seluruh dunia setiap tahun. Sekiranya tiada tindak balas daripada pemandu atau pengesahan kecemasan, maklumat peristiwa akan disampaikan kepada perkhidmatan kecemasan tempatan untuk penghantaran bantuan serta-merta ke tempat kejadian. Orang hubungan yang diluluskan dalam Profil Kecemasan Mentor pemandu (contohnya waris terdekat, majikan dll.) juga akan diberitahu.

Keselamatan Diri Lanjutan

Ciri SOS Peribadi, yang diupayakan oleh Sfara and Bosch, membolehkan pekerja atau kontraktor memulakan panggilan kecemasan secara senyap ketika
memandu, menghantar barangan dari kenderaan mereka, berjalan kaki, atau menaiki pengangkutan awam – setiap kali mereka berasa tidak sihat atau bimbang keselamatan diri mereka terancam. Dengan tiga cara fleksibel untuk mengaktifkan ciri tersebut secara senyap, seseorang boleh:

  • Menggunakan Sfara Triple Tap di telefon, walaupun ketika telefon berada di dalam poket anda
  • Menekan butang SOS, apabila telefon berada di tangan
  • Menetapkan pemasa, apa jua jangka masanya, untuk mencetuskan panggilan oleh Pusat Kecemasan Bosch, sekali gus mewujudkan “jaring keselamatan” maya ketika melakukan tugas yang ada potensi bahaya.

Sekali lagi, sekiranya tiada tindak balas daripada pemandu atau pengesahan kecemasan yang aktif, maklumat peristiwa akan disampaikan kepada perkhidmatan kecemasan untuk penghantaran bantuan serta-merta ke tempat kejadian.

Ketepatan dan Keandalan yang Terbaik dalam Industri

Teknologi “lakuran sensor” telefon pintar Sfara menggabungkan data daripada sensor telefon pintar dan menggunakan kecerdasan buatan (AI) natif yang “dilatih” melalui ribuan kemalangan dan kejadian nyaris untuk memastikan tahap tertinggi bagi pengesanan peristiwa yang tepat. Algoritma AI yang canggih menyingkirkan peristiwa “positif palsu”, seperti jalan berlubang, pintu yang dihempas, dan/atau terlanggar bebendul jalan, lebih 99% masanya, sekali gus memastikan kakitangan kritikal akan dipanggil hanya untuk kecemasan sebenar. Rangkaian IT global Bosch yang lewah sepenuhnya memastikan lebih 1.7 juta panggilan masuk berjaya sampai dengan cepat kepada ejennya setiap tahun – kerana masa adalah penting!

1Kerjasama Keselamatan Jalan Raya Sedunia

  • [icon]
    Minta Maklumat/Demo