Penawaran pengurusan risiko pemandu1 digital kami yang komprehensif membantu organisasi di seluruh dunia mengurangkan kejadian, perlanggaran, kecederaan, kesalahan trafik, pelepasan karbon, dan jumlah kos pemilikan kumpulan kenderaan.
Aplikasi MentorSM oleh eDriving yang banyak memenangi anugerah menggabungkan kaedah pengurangan risiko Budaya Bebas Nahas® kami yang dipatenkan2, yang disampaikan melalui platform yang selamat untuk data dengan privasi diutamakan, dengan aplikasi telefon pintar unik yang bukan sahaja mengenal pasti tingkah laku memandu yang berisiko, tetapi juga memperbaiknya dengan latihan mikro dalam aplikasi dan bimbingan, selain menyokong pemandu dan pengurus dengan khidmat profesional yang tiada tolok bandingnya.
1 Rujukan kepada “pemandu” terpakai kepada pemandu kereta, trak, van, serta penunggang motosikal, kenderaan beroda dua, dan kenderaan beroda tiga.
2 Mentor oleh eDrivingSM dipatenkan dengan Pejabat Tanda Dagang dan Paten A.S.: 6,714,894.
Tiada perkakasan diperlukan. Aplikasi Mentor menggunakan sensor telefon pintar untuk mengumpulkan & menganalisis tingkah laku pemandu yang paling tepat meramalkan risiko termasuk gangguan perhatian telefon.
Skor Pemanduan Selamat FICO® yang Disahkan. Melalui kerjasama eDriving dengan peneraju analisis industri iaitu FICO®, pemandu menerima Skor Pemanduan Selamat FICO® individu yang disahkan untuk meramalkan kemungkinan pemandu terlibat dalam nahas atau kejadian.
Penskoran Risiko Pemandu: Semua pemandu menerima Skor DriverINDEX®, yang menggabungkan data perlanggaran, kejadian, dan pemeriksaan lesen, serta keputusan RoadRISK® sebagai pilihan, dalam satu skor pemandu, yang memudahkan penandaarasan dan pengenalpastian pemandu organisasi yang paling berisiko, untuk diberi latihan dan bimbingan.
Latihan dalam aplikasi. Selain mengenal pasti dan melaporkan tingkah laku berisiko, Mentor membantu memperbaiknya dengan menyediakan modul eLearning yang interaktif dan menarik (3-5 minit), yang disampaikan terus dalam aplikasi.
Kit alat bimbingan. Templat bimbingan yang mudah digunakan membantu pengurus melatih pemandu mereka yang berisiko ke arah tingkah laku yang lebih selamat ketika memandu. Format unik untuk sesi bimbingan bulanan, tahunan, dan selepas perlanggaran.
Gamifikasi. Menggalakkan persaingan yang harmoni dan komunikasi berfokus keselamatan yang berterusan dengan membolehkan pengguna mewujudkan kumpulan supaya mereka boleh melihat kemajuan/skor rakan sepasukan, serta menggunakan emoji dan fungsi sembang untuk menghantar mesej berunsur motivasi.
Budaya Bebas Nahas®. Program eDriving lima peringkat yang dipatenkan dan banyak memenangi anugerah untuk pengurusan risiko pemandu digunakan oleh kumpulan Jualan, Perkhidmatan, Penghantaran, dan Gudang di seluruh dunia untuk membantu membina persekitaran kerja berfokus keselamatan yang menyokong perubahan tingkah laku yang berkekalan.
Persekitaran yang selamat untuk data dan berorientasikan privasi. Dengan tiadanya penjejakan dan pemantauan yang bertikaian, pelanggan eDriving boleh menumpukan perhatian pada objektif misi keselamatan utama, sambil menghormati sepenuhnya hak privasi pemandu.